MIRI, 27 Januari 2026
Perbadanan Pembangunan Perumahan (HDC) menganjurkan Sesi Dialog bersama peminjam Skim Pinjaman Rumah Panjang (PKPRP) bagi Kampung Long Maro, Tinjar, Miri sebagai usaha memperkukuh komunikasi serta meningkatkan kefahaman komuniti setempat terhadap pelaksanaan skim pinjaman berkenaan. Sesi dialog yang berlangsung di Bilik Mesyuarat Pejabat Residen Miri ini menyediakan platform perbincangan dua hala antara pihak HDC dan para peminjam bagi membincangkan isu berkaitan, memberikan penjelasan lanjut serta mendapatkan maklum balas secara langsung, selaras dengan komitmen HDC dalam memastikan pelaksanaan skim perumahan yang berkesan dan berorientasikan rakyat.