Satu sesi perbincangan telah diadakan bagi meneliti cadangan pembangunan semula rumah-rumah terbiar di Taman Sri Harmoni, Sri Aman, sebagai sebahagian daripada usaha berterusan meningkatkan kualiti persekitaran perumahan sedia ada. Perbincangan tersebut telah dihadiri oleh YB Datuk Francis Harden anak Hollis, Ahli Dewan Undangan Negeri bagi DUN N.32 Simanggang, serta Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Pembangunan Perumahan (HDC), Tuan Haji Fathi bin Haji Hambali. Sesi ini memberi fokus kepada potensi pembangunan semula kawasan berkenaan secara lebih terancang dan mampan, selaras dengan aspirasi kerajaan negeri dalam menyediakan perumahan yang selamat, selesa dan berdaya huni untuk kesejahteraan rakyat.