KUCHING, 16 Januari 2026
Perbadanan Pembangunan Perumahan (HDC) menerima lawatan pagi tadi daripada UAC Berhad bagi sesi pengenalan produk bahan binaan inovatif serta perbincangan berkaitan aplikasi dalam pembangunan perumahan. Perbincangan tersebut turut dihadiri oleh Ketua Pegawai Eksekutif HDC, Tuan Haji Fathi Haji Hambali. Lawatan ini memberi peluang kepada kedua-dua pihak untuk bertukar pandangan mengenai teknologi pembinaan yang berpotensi menyokong pembangunan perumahan yang lebih mampan, berkualiti dan efisien. HDC komited untuk terus meneroka kerjasama strategik bersama pihak industri dalam usaha memperkukuh agenda perumahan demi kesejahteraan rakyat.