Kunjungan Hormat dari Terapan Dinamik (M) Sdn. Bhd
KUCHING, 9 Januari 2026
Terapan Dinamik (M) Sdn. Bhd. mengadakan kunjungan hormat ke atas Pengerusi Perbadanan Pembangunan Perumahan (HDC), YB Abdul Yakub Hj. Arbi, serta Ketua Pegawai Eksekutif HDC, Tuan Haji Fathi Haji Hambali. Kunjungan tersebut menjadi medium pertukaran pandangan antara kedua-dua pihak berkaitan kerjasama strategik, selaras dengan aspirasi pembangunan perumahan mampan di negeri Sarawak.