KUCHING, 20 Disember 2025
Mesyuarat Agung Pertama bagi penubuhan Badan Pengurusan Bersama (JMB) diadakan hari ini di Dewan Serbaguna Taman Sri Harmoni, melibatkan penduduk Taman Sri Harmoni I (Lot 1280) dan Taman Sri Harmoni II (Lot 1281). Mesyuarat diadakan bagi menubuhkan JMB supaya penduduk dapat mengurus bersama Perbadanan Pembangunan Perumahan (HDC) hal-hal berkaitan penjagaan bangunan, kebersihan, keselamatan dan kemudahan bersama secara lebih teratur dan telus. Penubuhan JMB memberi peluang kepada penduduk bersuara dan terlibat secara langsung dalam pengurusan flats, seterusnya membantu mewujudkan persekitaran kediaman yang lebih selesa, selamat dan terpelihara.