KUCHING, 18 Disember 2025
Polis Diraja Malaysia (PDRM) IPD Kuching mengadakan Program “Walkabout” bersama komuniti PPR Petra Jaya di PPR Petra Jaya, Kuching. Program yang bermula pada jam 2.30 petang itu melibatkan seramai 25 orang pegawai dan anggota PDRM termasuk AMANITA, bertujuan memperkukuhkan hubungan antara pihak polis dan komuniti setempat serta meningkatkan kesedaran keselamatan di kawasan perumahan. Pihak pengurusan PPR Petra Jaya merakamkan penghargaan kepada PDRM atas penganjuran program ini dan berharap kerjasama seumpama ini dapat diteruskan demi kesejahteraan bersama.