KUCHING, 2 Disember 2025
Polis Diraja Malaysia (PDRM), Ibu Pejabat Polis Daerah Kuching, Jalan Simpang Tiga, hari ini mengedarkan risalah “Bersama Memerangi Jenayah” kepada penduduk di PPR Sri Wangi, Kuching. Inisiatif ini bertujuan meningkatkan kesedaran penduduk tentang keselamatan dan usaha bersama dalam memerangi jenayah di komuniti.