KUCHING, 15 November 2025
Ceramah Integriti bertajuk “Menerobos Minda Corruptor” diadakan bersama pelaksanaan Ikrar Integriti sempena Hari Pengukuhan Integriti HDC/MMCSB 2025 bertempat di Damai Lagoon Resort, Santubong. Sesi tersebut disampaikan oleh Tuan Mohd Firdaus bin Ramlan dari CJM Global Integrity Hub, yang berkongsi pandangan, pengalaman serta pendekatan dalam memperkukuh amalan integriti di tempat kerja. Program ini bertujuan meningkatkan kesedaran warga organisasi mengenai kepentingan integriti, selain menyemai nilai amanah dan budaya kerja yang telus dalam kalangan warga HDC dan MMCSB.