Projek Rumah Spektra Permata (RSP) Hilir Dalat Mukah
DALAT, 30 Oktober 2025
Tahniah kepada 20 penerima kunci rumah di bawah Projek Rumah Spektra Permata (RSP) Hilir Dalat, Mukah hari ini. Majlis penyerahan disempurnakan oleh YB Dato Sri Hajah Fatimah Abdullah, Menteri Pembangunan Wanita, Kanak-Kanak dan Kesejahteraan Komuniti Sarawak merangkap ADUN N.56 Dalat, mewakili Timbalan Premier Sarawak, YB Datuk Amar Prof. Dr. Sim Kui Hian. Projek ini melibatkan 39 unit rumah sesebuah bertiang berkeluasan 800 kaki persegi setiap satu, dengan 30 unit telah siap dibina setakat ini. Semua penerima turut layak menerima bantuan di bawah program Housing Deposit and Repayment Assistance Scheme (HDRAS), sebagai sokongan tambahan Kerajaan Sarawak kepada pembeli rumah pertama. Program RSP merupakan inisiatif Kerajaan Sarawak melalui HDC bagi membantu rakyat berpendapatan rendah dan sederhana memiliki kediaman yang selesa, berkualiti dan mampu milik.