Lawatan Bersama Majlis Perbandaran Padawan (MPP) serta Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) Taman Malihah IIA & IIB di Taman Malihah Fasa 2
KUCHING, 29 September 2025
Perbadanan Pembangunan Perumahan (HDC) hari ini mengadakan lawatan bersama Majlis Perbandaran Padawan (MPP) serta Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) Taman Malihah IIA dan IIB di Taman Malihah Fasa 2. Lawatan diadakan susulan aduan penduduk setempat, dengan tujuan meninjau keadaan sebenar di lapangan serta membincangkan langkah penyelesaian terbaik demi kesejahteraan komuniti.