KUCHING, 24 September 2025
Kaunter Perkhidmatan Amanah Saham Nasional Berhad (ASNB) Wilayah Sarawak diadakan hari ini di ruang legar, Wisma Sultan Tengah, Perbadanan Pembangunan Perumahan (HDC). Warga HDC dan Mutiara Mortgage & Credit Sdn. Bhd. (Mutiara) berpeluang mendapatkan pelbagai perkhidmatan termasuk pembukaan akaun ASB, penambahan pelaburan menggunakan kad debit, semakan baki pelaburan serta kemas kini maklumat peribadi melalui Kiosk Bergerak ASNB. Inisiatif ini diadakan bagi memudahkan warga HDC dan Mutiara mengenali produk dan perkhidmatan yang ditawarkan oleh ASNB. HDC dan Mutiara merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada ASNB atas kerjasama dan sokongan yang diberikan.