KUCHING, 9 Sept 2025
Hari ini, Program Literasi Digital Penjawat Awam Negeri Sarawak (SCS Digital Literacy) telah diadakan di Wisma Sultan Tengah, Perbadanan Pembangunan Perumahan (HDC). Program ini merupakan inisiatif di bawah Digital Government Committee (DGC) yang mewajibkan semua penjawat awam Sarawak melengkapkan dua (2) modul pembelajaran dalam talian sebelum 31 Disember 2025. Pelaksanaan dimulakan dengan penglibatan ahli Jawatankuasa Pengurusan HDC dan seterusnya akan dilaksanakan secara berperingkat kepada semua warga HDC untuk meningkatkan tahap literasi digital dalam kalangan penjawat awam.