KUCHING, 29 Ogos 2025
Program Imunisasi Kebangsaan: Pemberian Imunisasi Tambahan Measles & Rubella (MR) telah diadakan di Dewan Sinar Serapi, RPR Taman Banjaran Serapi 2. Program ini adalah anjuran Kementerian Kesihatan Malaysia melalui Pejabat Kesihatan Bahagian Kuching, dengan pemberian imunisasi percuma kepada kanak-kanak yang lahir dari 1 Ogos 2020 hingga 31 Januari 2025.