KUCHING, 23-24 Ogos 2025
Sekitar pameran HDC di SHEDA Property Expo 2025 yang berlangsung di BCCK, Kuching. Penyertaan HDC dalam ekspo ini bertujuan untuk memberi pendedahan kepada orang ramai mengenai peranan dan inisiatif HDC dalam menyediakan perumahan mampu milik untuk rakyat Sarawak. Sepanjang tiga hari pameran, pengunjung berpeluang mendapatkan maklumat berkaitan projek-projek HDC, skim pembiayaan serta beberapa inisiatif lain yang ditawarkan. Terima kasih diucapkan kepada semua yang singgah ke booth HDC dan memberi sokongan. Kehadiran anda amat kami hargai.