Perbincangan Bersama Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) serta Kawasan Rukun Tetangga (KRT) PPR Banjaran Serapi
KUCHING, 1 Ogos 2025
Unit Pembangunan Komuniti, Perbadanan Pembangunan Perumahan (HDC) telah mengambil inisiatif mengadakan perbincangan bersama Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) serta Kawasan Rukun Tetangga (KRT) PPR Banjaran Serapi. Perbincangan ini memberi tumpuan kepada isu utama iaitu penubuhan Jawatankuasa Komuniti PPR Banjaran Serapi, yang dilihat sebagai platform penting untuk memperkukuh penglibatan penduduk dalam aktiviti kemasyarakatan serta mempererat kerjasama dengan pihak berwajib. Langkah ini turut mencerminkan komitmen HDC dalam memperkasakan komuniti perumahan rakyat, di samping memastikan kesejahteraan dan keharmonian penduduk sentiasa menjadi keutamaan.