Mesyuarat Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) serta Kawasan Rukun Tetangga (KRT) RPR Taman Sri Makmur Batu 6 Jalan Matang
KUCHING, 3 Ogos 2025
Mesyuarat Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) serta Kawasan Rukun Tetangga (KRT) RPR Taman Sri Makmur, Batu 6 Jalan Matang telah diadakan di Dewan Mini RPR Taman Sri Makmur. Mesyuarat tersebut turut dihadiri wakil Unit Pembangunan Komuniti HDC. Antara agenda utama yang dibincangkan ialah perancangan aktiviti-aktiviti bagi memeriahkan sambutan Hari Kebangsaan tahun ini. Penganjuran mesyuarat seumpama ini membuktikan peranan penting JKKK dan KRT dalam memperkukuh semangat perpaduan serta meningkatkan penglibatan komuniti setempat dalam menjayakan program kebangsaan.