KUCHING, 6 Ogos 2025
Mesyuarat Bulanan Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) Taman Banjaran Serapi Fasa 1, 2 serta Taman Serapi Jaya telah diadakan di Dewan Sinar Serapi, Taman Banjaran Serapi. Mesyuarat ini bertujuan membincangkan isu-isu berkaitan pembangunan komuniti, keselamatan kawasan perumahan serta kesejahteraan penduduk, di samping memperkukuh kerjasama antara ahli jawatankuasa dan penduduk setempat