LANDEH, 10 Ogos 2025
Satu mesyuarat berkenaan Penubuhan Jawatankuasa Komuniti PPR Landeh telah diadakan bertempat di Dewan PPR Landeh pada jam 8.30 malam. Antara agenda utama yang dibincangkan dalam mesyuarat tersebut ialah:
1. Pemilihan Pengerusi
2. Pemilihan Timbalan Pengerusi
3. Pemilihan 7 Ahli Jawatankuasa Kecil
4. Pelantikan Setiausaha
5. Pelantikan Penolong Setiausaha
6. Pelantikan Bendahari
7. Pelantikan Penolong Bendahari
Mesyuarat ini bertujuan memperkukuh penglibatan komuniti setempat dalam pembangunan PPR Landeh, di samping memastikan jawatankuasa yang dibentuk dapat berfungsi sebagai penghubung antara penduduk dan pihak berwajib.