MUKAH, 28 – 29 Julai 2025
Sesi temuduga bagi pemohon Rumah Spektra Permata (RSP) projek SPK Badong, Daro telah berlangsung selama dua hari bertempat di Pejabat Daerah Daro.
Temuduga ini dijalankan sebagai sebahagian daripada proses penilaian kelayakan pemohon untuk memiliki rumah mampu milik di bawah inisiatif perumahan Kerajaan Negeri.
Program ini mencerminkan komitmen berterusan Kerajaan dalam memastikan akses kepada perumahan selesa dan mampu milik, terutamanya bagi penduduk di kawasan luar bandar.