KUCHING, 26 Julai 2025
Pasukan Kuning muncul juara selepas menewaskan Pasukan Merah Jambu dalam perlawanan akhir Pickleball sempena Karnival Sukan KKSR HDC/Mutiara 2025, yang berlangsung di Dewan Kasba, Samariang Batu.
Pertandingan ini bukan sahaja memperlihat semangat kesukanan yang tinggi dalam kalangan peserta, malah turut menjadi platform mengeratkan silaturahim dan menyemai budaya hidup sihat dalam komuniti.
Syabas dan tahniah diucapkan kepada semua peserta atas penyertaan dan semangat yang ditunjukkan