MAMBONG, 26 Julai 2025
Perbadanan Pembangunan Perumahan (HDC) telah dijemput untuk berkongsi maklumat mengenai projek-projek perumahan dan Skim Bantuan Sewa Kediaman Sarawak (SRAS) yang boleh dimanfaatkan oleh penduduk, khususnya mereka yang memerlukan.
Maklumat ini disampaikan sempena Program Jangkauan Setiausaha Politik (POLSEC Outreach Programme) bagi kawasan DUN N19 Mambong yang berlangsung di Dewan Persatuan Bi-Peroh, Padawan.
Hadir memeriahkan program ialah YB Datuk Dr Jerip Susil, ADUN N19 Mambong.
Program sebegini penting dalam memastikan maklumat sampai terus kepada rakyat dan membuka ruang kepada perbincangan yang lebih dekat antara pemimpin dan komuniti.