KUCHING, 16 Julai 2025
Perbadanan Pembangunan Perumahan (HDC) hari ini menganjurkan Majlis Doa Selamat bagi meraikan kepulangan Ketua Pegawai Eksekutif, Haji Fathi Haji Hambali yang telah selamat kembali dari menunaikan ibadah Haji.
Majlis yang berlangsung di Dewan Rafflesia, Aras Bawah, Wisma Sultan Tengah itu turut dihadiri oleh seluruh warga HDC serta kakitangan Mutiara Mortgage & Credit Sdn Bhd.
Acara ringkas namun penuh kesyukuran ini menjadi wadah untuk mempererat ukhuwah serta mendoakan kesejahteraan bersama.