KUCHING, 5 Julai 2025
Program Gotong-Royong Perdana telah diadakan pagi tadi di Taman Sepakat Jaya, Demak Laut melibatkan penyertaan komuniti setempat bersama agensi-agensi berkaitan.
Aktiviti gotong-royong dijalankan bermula jam 8.00 pagi hingga 11.00 pagi, meliputi kawasan Dewan Serbaguna, Perpustakaan, dan Tadika KEMAS di taman perumahan tersebut.
Inisiatif ini bertujuan mewujudkan persekitaran yang lebih bersih, selamat dan selesa, di samping menggalakkan semangat kerjasama dalam kalangan penduduk setempat.
Saringan pemeriksaan kesihatan juga turut diadakan.