BENGOH, 5 Julai 2025
Program “Into the Wild: Bengoh Dam Quest” anjuran Kelab Kebajikan, Sukan & Rekreasi (KKSR), HDC diadakan semalam dengan penyertaan hampir 50 orang warga HDC.
Bertempat di kawasan indah Empangan Bengoh, program ini memberi peluang kepada peserta untuk meneroka keindahan alam semula jadi sambil menyahut cabaran fizikal yang menguji stamina, semangat sepasukan dan daya tahan masing-masing.
Inisiatif ini merupakan sebahagian daripada usaha KKSR untuk menggalakkan gaya hidup sihat, mengeratkan hubungan sesama rakan sekerja dan membina suasana kerja yang lebih santai, positif dan menyokong antara satu sama lain.