BALINGIAN MUKAH, 30 JUN 2025
28 pelajar dan 3 guru pengiring dari Kolej Vokasional Bintulu mengadakan Lawatan Sambil Belajar ke tapak projek pembinaan perumahan Rumah Spektra Permata (RSP) di Skim Pembesaran Kampung (SPK) Balingian Mukah.
Program dimulakan dengan sesi taklimat oleh Perbadanan Pembangunan Perumahan (HDC) dan pihak kontraktor pelaksana projek, sebelum rombongan dibawa melawat tapak pembinaan.
HDC kini dalam pelaksanaan membina 22 unit Rumah Spektra Permata di atas tanah lot yang disediakan oleh Jabatan Tanah dan Survei iaitu Skim Pembesaran Kampung (SPK) Balingian Mukah, dibawah ADUN N.58 Balingian.