KUCHING, 30 Jun 2025
Perbadanan Pembangunan Perumahan (HDC) melalui Kelab Kebajikan, Sukan dan Rekreasi (KKSR) telah menganjurkan Majlis Ngiling Bidai bertempat di Dewan Rafflesia, Aras Bawah, Wisma Sultan Tengah, Ibu Pejabat HDC.
Majlis ringkas tetapi meriah itu diserikan dengan kehadiran YB Abdul Yakub Hj. Arbi, Pengerusi HDC; Puan Hajah Jamilah Bujang, Pemangku Ketua Pegawai Eksekutif HDC; serta Encik Awang Irwan Awang Shawal, Ketua Pegawai Eksekutif Mutiara.
Sebagai simbolik penutupan sambutan Gawai Dayak, majlis ini bertujuan memperkukuh semangat perpaduan dan kekeluargaan dalam kalangan warga kerja HDC dan Mutiara, di samping meraikan kekayaan adat budaya masyarakat Dayak