LANDEH, 28 & 29 Jun 2025
ANGKASA Sarawak dengan kerjasama Koperasi Jiwa Gemilang Kuching Berhad menganjurkan Program Jualan Rahmah Madani yang berlangsung selama dua hari di Dewan PPR Landeh.
Program ini bertujuan untuk menawarkan barangan keperluan harian pada harga berpatutan kepada penduduk setempat selaras dengan aspirasi kerajaan membantu meringankan kos sara hidup rakyat.