KUCHING, 21 Jun 2025
Program Saringan Kesihatan Percuma di bawah inisiatif R.E.A.C.H (Reaching Equitable Access to Community Healthcare) diadakan di NADI PPR Taman Sri Wangi, Kuching.
Program ini berlangsung dari jam 9.00 pagi hingga 4.00 petang dan menawarkan pemeriksaan kesihatan asas secara percuma kepada komuniti setempat.
Antara saringan yang disediakan termasuk pemeriksaan tekanan darah, ujian glukosa dan kolesterol, penilaian fungsi tubuh berdasarkan umur dan sejarah kesihatan serta konsultasi kesihatan.
Inisiatif ini bertujuan menggalakkan gaya hidup sihat serta memberi akses kesihatan yang lebih saksama kepada komuniti setempat.