KUCHING, 8 Jun 2025
Program Ibadah Qurban sempena sambutan Hari Raya Aidiladha 1446H telah berlangsung dengan jayanya di Dewan PPR Demak Laut, melibatkan penyertaan aktif daripada penduduk setempat dalam suasana penuh semangat kebersamaan dan muafakat.
Majlis turut diserikan dengan kehadiran YB Dato’ Sri Hajah Nancy binti Shukri, Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat merangkap Ahli Parlimen Santubong, yang turut beramah mesra bersama penduduk dan menyantuni golongan penerima qurban.
Program ini bukan sahaja memperkukuh hubungan silaturrahim dalam kalangan komuniti, malah turut menjadi platform untuk menghayati nilai pengorbanan, keprihatinan sosial dan semangat membantu sesama insan.