KUCHING, 21 Mei 2025
Perbadanan Pembangunan Perumahan (HDC) telah mengadakan sesi temuduga bagi pemohon Rumah Spektra Permata (RSP) di kawasan Pasir Panjang, Pasir Pandak dan Pasir Salak (SPK Sungai Tiram) pada 20 dan 21 Mei 2025.
Sesi temuduga yang berlangsung di Dewan Rafflesia, Aras Bawah, Wisma Sultan Tengah ini melibatkan pemohon yang telah disenarai pendek bagi menilai kelayakan mereka untuk memiliki rumah mampu milik di bawah inisiatif Kerajaan Sarawak.
Pelaksanaan sesi ini merupakan sebahagian daripada komitmen berterusan HDC dalam merealisasikan agenda perumahan mampu milik untuk kesejahteraan rakyat, selaras dengan mandat kerajaan negeri.