Program Randau Skim Pinjaman Rumah Panjang di Bahagian Kapit
KAPIT, 15 APRIL 2025 – Perbadanan Pembangunan Perumahan (HDC) menganjurkan Program Dialog atau Randau untuk Bahagian Kapit, bagi meningkatkan kesedaran pembayaran balik pinjaman Skim Pinjaman Rumah Panjang (PKPRP). Program ini berlangsung di Dewan Suarah Kapit hari ini.
Randau dipengerusikan oleh YB Abdul Yakub Haji Arbi, Pengerusi HDC merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) N.58 Balingian.
Dalam ucapannya, beliau menekankan kepentingan pembayaran balik pinjaman PKPRP untuk memastikan kesinambungan skim ini serta menyokong kesejahteraan komuniti rumah panjang. Turut hadir ialah ADUN dalam bahagian Kapit.
Menurut Abdul Yakub, jumlah tunggakan pinjaman Rumah Panjang HDC setakat Februari 2025 bagi Bahagian Kapit adalah sebanyak 2,698,958 juta.
Setakat April tahun ini, 24,739 pintu telah dibina, melibatkan 1,143 projek rumah Panjang, dengan jumlah pinjaman sebanyak RM 458.10 juta.
Bagi memudahkan peminjam, pembayaran balik pinjaman kini boleh dibuat melalui JomPAY, Sarawak Pay, Service Sarawak, CDM CIMB, serta kiosk UTC/RTC, selain daripada kutipan secara lawatan.