News

 

Rental Assistance Eligibility Increases

Posted on 01 Oct 2022
Source of News: Utusan Borneo

Rental Assistance Eligibility Increases

 

Penyewa berpendapatan isi rumah RM3,500 sebulan kini boleh memohon Skim Bantuan Sewa Kediaman (SRAS)

 

KUCHING: Syarat kelayakan pendapatan isi rumah untuk memohon Skim Bantuan Sewa Kediaman (SRAS) dinaikkan kepada RM3,500 sebulan.

Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Pembangunan Perumahan (HDC) Sarawak Mohamad Asman Ahmad menerusi kenyataan akhbar hari ini berkata, Kerajaan Sarawak memperuntukkan RM48 juta bagi skim itu, yang dijangka memberi manfaat kepada kira-kira 20,000 isi rumah layak.

Beliau berkata SRAS dibuka kepada penyewa yang bekerja di bandar Kuching, Sibu, Bintulu dan Miri, dengan skim bantuan sewa RM200  sebulan selama 36 bulan atau tiga tahun maksimum.

"Kenaikan syarat kelayakan pendapatan isi rumah ini diharap akan membantu meringankan beban kewangan ditanggung golongan berpendapatan rendah terutamanya golongan miskin bandar," katanya.

Menjelas lanjut beliau berkata kriteria permohonan SRAS ialah warganegara Malaysia, pemastautin tetap di Sarawak dan memiliki MyKad dengan status ‘K’. 

Penerima bantuan e-Kasih juga dialu-alukan memohon, tambahnya.

Dalam pada itu katanya pemohon henndaklah berumur 21 tahun ke atas dan berkahwin, termasuk bapa/ibu tunggal dan sekurang-kurang mempunyai seorang anak tinggal bersamanya.

Beliau berkata keutamaan juga akan diberi kepada pemohon orang kurang upaya (OKU).

"Bagi yang sedang menyewa pula, premis/rumah yang disewa hendaklah bukan milik ahli keluarga terdekat. 

"Permohonan yang menepati kriteria akan dikemukakan kepada Jawatankuasa Pemilihan SRAS untuk diproses," ujarnya.

Borang Permohonan yang lengkap diisi hendaklah disertakan salinan dokumen terkini sijil kahwin/cerai, salinan MyKad pemohon dan pasangan serta salinan sijil lahir/MyKid/MyKad anak yang berada di bawah tanggungan dan tinggal bersama pemohon.

Pemohon juga hendaklah menyertakan penyata gaji bulanan isi rumah, salinan kad OKU bagi pemohon OKU, perjanjian sewa yang ditandangani dan dimatikan stem hasil serta persetujuan pemilik premis yang disewa.

Borang yang lengkap diisi hendaklah dihantar ke pejabat-pejabat HDC di Kuching, Sibu, Bintulu dan Miri.

Penyewa-penyewa yang berminat boleh mendapatkan maklumat dan memuat turun borang permohonan SRAS secara percuma di laman web HDC http://hdc.sarawak.pov.mv atau menghubungi terus HDC di talian 082-444381.

Maklumat berkenaan skim itu juga telah dikemas kini di Facebook Kelab Kebajikan Sukan & Rekreasi HDC.



Best viewed with Google Chrome and Mozila Firefox with 1024 x 768 screen resolution. ©Copyright of Housing Development Corporation.


Last Updated On 18 Oct 2024

Operation Hours:

Monday - Thursday
8.00 AM - 12.30 PM
2.00 pm - 4.30 pm

 

Friday
8.00 am - 11.30 am
2.30 pm - 4.30 pm

 

Public Holiday : CLOSED

image Polls
image Announcement