SERIAN, 21 Januari 2026
Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Pembangunan Perumahan (HDC), Hj. Fathi bin Hj. Hambali, meluangkan masa menziarahi En. Osen bin Kawi (Seksyen Pentadbiran), yang baru kehilangan isteri tercinta. Kunjungan ini sebagai tanda sokongan dan keprihatinan pihak pengurusan HDC terhadap warga kerjanya yang sedang berduka. Semoga roh Allahyarhamah dicucuri rahmat dan ditempatkan dalam kalangan orang-orang beriman, serta En. Osen Kawi dan keluarga dikurniakan ketabahan dan kekuatan dalam menghadapi ujian ini.
KUCHING, 20 Januari 2026
KUCHING, 16 Januari 2026
Perbadanan Pembangunan Perumahan (HDC) menerima lawatan pagi tadi daripada UAC Berhad bagi sesi pengenalan produk bahan binaan inovatif serta perbincangan berkaitan aplikasi dalam pembangunan perumahan. Perbincangan tersebut turut dihadiri oleh Ketua Pegawai Eksekutif HDC, Tuan Haji Fathi Haji Hambali. Lawatan ini memberi peluang kepada kedua-dua pihak untuk bertukar pandangan mengenai teknologi pembinaan yang berpotensi menyokong pembangunan perumahan yang lebih mampan, berkualiti dan efisien. HDC komited untuk terus meneroka kerjasama strategik bersama pihak industri dalam usaha memperkukuh agenda perumahan demi kesejahteraan rakyat.
GEDONG, 15 Januari 2026
Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Pembangunan Perumahan (HDC), Tuan Haji Fathi Haji Hambali mengadakan lawatan tapak ke Rumah Spektra Permata (RSP) Gedong hari ini. Lawatan tersebut diadakan bersempena lawatan kerja Yang Amat Berhormat Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri (Dr) Abang Haji Abdul Rahman Zohari bin Tun Datuk Abang Haji Openg ke Gedong. Sebanyak 50 unit Rumah Spektra Permata (RSP) sedang dalam pelaksanaan untuk Skim Pembesaran Kampung (SPK) Gedong.
KUCHING, 9 Januari 2026
Press Metal Cawangan Kuching dan Solarvest Borneo Sdn. Bhd. mengadakan kunjungan hormat ke atas Pengerusi Perbadanan Pembangunan Perumahan (HDC), YB Abdul Yakub Hj. Arbi, serta Ketua Pegawai Eksekutif HDC, Tuan Haji Fathi Haji Hambali. Kunjungan tersebut diadakan sebagai platform perkenalan dan pertukaran pandangan antara pihak industri dan HDC, khususnya berkaitan peluang kerjasama dalam menyokong pembangunan perumahan mampan di negeri Sarawak.
KUCHING, 4 Januari 2026
Buat julung kalinya, Kawasan Rukun Tetangga (KRT) PPR Petra Jaya 1 bersama surau Al-Midani PPR Petrajaya telah menganjurkan Program Futsal (Kid Soccer) bertempat di Taman Rekreasi PPR Petra Jaya. Penganjuran ini menandakan permulaan pelaksanaan aktiviti KRT selepas penubuhan KRT PPR Petra Jaya 1 secara rasmi, sekali gus menggalakkan gaya hidup sihat dan mengeratkan hubungan komuniti setempat. Program tersebut mendapat sambutan yang menggalakkan daripada penduduk dan diharap dapat diteruskan pada masa akan datang.
KUCHING, 20 Disember 2025
Mesyuarat Agung Pertama bagi penubuhan Badan Pengurusan Bersama (JMB) diadakan hari ini di Dewan Serbaguna Taman Sri Harmoni, melibatkan penduduk Taman Sri Harmoni I (Lot 1280) dan Taman Sri Harmoni II (Lot 1281). Mesyuarat diadakan bagi menubuhkan JMB supaya penduduk dapat mengurus bersama Perbadanan Pembangunan Perumahan (HDC) hal-hal berkaitan penjagaan bangunan, kebersihan, keselamatan dan kemudahan bersama secara lebih teratur dan telus. Penubuhan JMB memberi peluang kepada penduduk bersuara dan terlibat secara langsung dalam pengurusan flats, seterusnya membantu mewujudkan persekitaran kediaman yang lebih selesa, selamat dan terpelihara.
KUCHING, 18 Disember 2025
Polis Diraja Malaysia (PDRM) IPD Kuching mengadakan Program “Walkabout” bersama komuniti PPR Petra Jaya di PPR Petra Jaya, Kuching. Program yang bermula pada jam 2.30 petang itu melibatkan seramai 25 orang pegawai dan anggota PDRM termasuk AMANITA, bertujuan memperkukuhkan hubungan antara pihak polis dan komuniti setempat serta meningkatkan kesedaran keselamatan di kawasan perumahan. Pihak pengurusan PPR Petra Jaya merakamkan penghargaan kepada PDRM atas penganjuran program ini dan berharap kerjasama seumpama ini dapat diteruskan demi kesejahteraan bersama.
| Page 12345678910 |