KUCHING, 27 September 2025
Perbadanan Pembangunan Perumahan (HDC) turut serta dalam program gotong-royong di RPR Taman Dahlia dan RPR Matang Bersinar, Jalan Matang. Program ini diadakan bersempena Hari Cuci Malaysia: Program Mega Pembersihan sempena World Clean Up Day 2025.
KUCHING, 27 September 2025
Mesyuarat dan sesi libat urus bersama Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) RPR Taman Sri Malihah II diadakan hari ini. Sesi ini memberi tumpuan kepada perancangan beberapa program komuniti serta inisiatif baharu yang akan dilaksanakan demi manfaat dan kesejahteraan penduduk setempat.
KUCHING, 27 September 2025
Telekom Malaysia (TM) hari ini membuka booth di RPR Matang Kot bagi memudahkan penduduk setempat mendapatkan maklumat, mendaftar perkhidmatan serta menikmati promosi yang ditawarkan. Terima kasih kepada TM atas kerjasama dan sokongan dalam usaha memperluaskan capaian digital kepada komuniti perumahan.
KUCHING, 24 Ogos 2025
Telekom Malaysia (TM) melalui jenama Unifi telah membuka booth promosi di PPR Banjaran Serapi pada 23 hingga 24 Ogos 2025. Penganjuran booth ini bertujuan memberi peluang kepada penduduk setempat mendapatkan maklumat lanjut mengenai pelan perkhidmatan Unifi, termasuk pakej internet, jalur lebar dan penawaran terkini daripada TM.
KUCHING, 24 September 2025
Kaunter Perkhidmatan Amanah Saham Nasional Berhad (ASNB) Wilayah Sarawak diadakan hari ini di ruang legar, Wisma Sultan Tengah, Perbadanan Pembangunan Perumahan (HDC). Warga HDC dan Mutiara Mortgage & Credit Sdn. Bhd. (Mutiara) berpeluang mendapatkan pelbagai perkhidmatan termasuk pembukaan akaun ASB, penambahan pelaburan menggunakan kad debit, semakan baki pelaburan serta kemas kini maklumat peribadi melalui Kiosk Bergerak ASNB. Inisiatif ini diadakan bagi memudahkan warga HDC dan Mutiara mengenali produk dan perkhidmatan yang ditawarkan oleh ASNB. HDC dan Mutiara merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada ASNB atas kerjasama dan sokongan yang diberikan.
KUCHING, 22 Sept 2025
Program Literasi Digital Penjawat Awam Negeri Sarawak (SCS Digital Literacy) telah dilaksanakan di Wisma Sultan Tengah, Perbadanan Pembangunan Perumahan (HDC), dengan penyertaan Ketua Pegawai Eksekutif HDC, Hj. Fathi Hj. Hambali. Program ini merupakan inisiatif di bawah Digital Government Committee (DGC) yang mewajibkan semua penjawat awam Sarawak melengkapkan dua (2) modul pembelajaran dalam talian sebelum 31 Disember 2025. Melalui pelaksanaan program ini, HDC komited untuk memperkukuh keupayaan warga kerjanya dalam mendepani transformasi digital selaras dengan agenda Kerajaan Sarawak ke arah perkhidmatan awam yang lebih efisien dan berdaya saing
KUCHING, 9 Sept 2025
Hari ini, Program Literasi Digital Penjawat Awam Negeri Sarawak (SCS Digital Literacy) telah diadakan di Wisma Sultan Tengah, Perbadanan Pembangunan Perumahan (HDC). Program ini merupakan inisiatif di bawah Digital Government Committee (DGC) yang mewajibkan semua penjawat awam Sarawak melengkapkan dua (2) modul pembelajaran dalam talian sebelum 31 Disember 2025. Pelaksanaan dimulakan dengan penglibatan ahli Jawatankuasa Pengurusan HDC dan seterusnya akan dilaksanakan secara berperingkat kepada semua warga HDC untuk meningkatkan tahap literasi digital dalam kalangan penjawat awam.
KUCHING, 6 Sept 2025
Perbadanan Pembangunan Perumahan (HDC) mengambil bahagian dalam Perhimpunan dan Perarakan Sambutan Maulidur Rasul Peringkat Sarawak 1447H/2025M yang berlangsung di Padang Merdeka, Kuching hari ini. Penyertaan ini menzahirkan komitmen HDC dalam menyemarakkan semangat kebersamaan, memperkukuh ukhuwah serta menghayati nilai-nilai Maulidur Rasul bersama masyarakat. HDC mengucapkan terima kasih dan penghargaan kepada semua warga yang telah bersama-sama menjayakan penyertaan kali ini.
| Page 11121314151617181920 |