Sesi Perbincangan bersama Biro Wanita - 13 Jun 2025

KUCHING, 13 Jun 2025

Satu sesi pertemuan dan perbincangan bersama Biro Wanita telah diadakan bagi kerjasama dalam menganjurkan program pembangunan komuniti di kawasan projek perumahan Perbadanan Pembangunan Perumahan (HDC) di Sarawak.

Perbincangan ini membuka ruang kepada pelaksanaan inisiatif bersama yang lebih tersusun dan memberi impak positif kepada komuniti setempat.

Sesi Perbincangan Jawatankuasa Komuniti PPR Sri Wangi - 13 Jun 2025

KUCHING, 13 Jun 2025

Satu sesi perbincangan bersama Jawatankuasa Komuniti PPR Sri Wangi telah diadakan di Pusat IT PPR Sri Wangi.

Perbincangan ini memberi tumpuan kepada perancangan dan pelaksanaan program-program komuniti yang bertujuan meningkatkan kesejahteraan penduduk setempat.

Program Ibadah Qurban Surau Al Midani PPR Petrajaya - 08 Jun 2025

KUCHING, 8 Jun 2025

Surau Al-Midani, PPR Petra Jaya telah menganjurkan program Ibadah Qurban sempena sambutan Aidiladha 1446H.

Program ini melibatkan penyertaan penduduk setempat dan dijalankan dengan semangat gotong-royong yang tinggi.

Daging qurban telah diagihkan kepada golongan asnaf, penduduk setempat dan peserta yang mengambil bahagian.

Program Ibadah Qurban PPR Demak Laut - 08 Jun 2025

KUCHING, 8 Jun 2025

Program Ibadah Qurban sempena sambutan Hari Raya Aidiladha 1446H telah berlangsung dengan jayanya di Dewan PPR Demak Laut, melibatkan penyertaan aktif daripada penduduk setempat dalam suasana penuh semangat kebersamaan dan muafakat.

Majlis turut diserikan dengan kehadiran YB Dato’ Sri Hajah Nancy binti Shukri, Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat merangkap Ahli Parlimen Santubong, yang turut beramah mesra bersama penduduk dan menyantuni golongan penerima qurban.

Program ini bukan sahaja memperkukuh hubungan silaturrahim dalam kalangan komuniti, malah turut menjadi platform untuk menghayati nilai pengorbanan, keprihatinan sosial dan semangat membantu sesama insan.

DERMA DARAH - Kerjasama Tabung Darah Hospital Umum Sarawak - 29 May 2025

KUCHING, 29 Mei 2025

 

Kelab Kebajikan Sukan dan Rekreasi (KKSR) Perbadanan Pembangunan Perumahan (HDC) dengan kerjasama Tabung Darah Hospital Umum Sarawak menganjurkan Kempen Derma Darah di Dewan Rafflesia, HDC.

Terima kasih kepada semua penderma yang sudi meluangkan masa dan menyumbang, setitis darah anda mungkin menjadi harapan buat seseorang di luar sana.

Semoga semangat memberi ini terus hidup dalam komuniti kita.

Kunjungan daripada YB Royston Valentine ADUN Tellian - 29 May 2025

Pejabat HDC Kuching

YB Abdul Yakub Hj Arbi, Pengerusi HDC menerima kunjungan daripada YB Royston Valentine, ADUN Tellian.Sesi perjumpaan tersebut adalah berkaitan permohonan Projek Perumahan Rumah Mampu Milik,status permohonan skim pinjaman bina baru dan baik pulih rumah panjang di kawasan N.57 Tellian serta turut membincangkan perkara berkaitan Persatuan Melanau Mukah(PMM)

Majlis Penyerahan Surat Tawaran dan Cabutan Lot bagi Rumah Spektra Permata (RSP) Maludam Fasa 1 - 28 May 2025

MALUDAM, 28 Mei 2025
 

20 pemohon yang layak hadir ke Majlis Penyerahan Surat Tawaran dan Cabutan Lot bagi Rumah Spektra Permata (RSP) Maludam Fasa 1, yang diadakan di Perpustakaan Desa Maludam.

Turut hadir ialah Encik Abdul Rahim bin Jamil (Ketua Pemuda N.28 Lingga) dan Encik Suhaidi bin Loss (Timbalan Ketua Cawangan PBB).

Majlis ini merupakan satu lagi inisiatif untuk membantu golongan berpendapatan rendah memiliki rumah mampu milik di kawasan luar bandar.

Tahniah diucapkan kepada semua penerima. Semoga kediaman baharu ini menjadi permulaan yang lebih baik buat semua.

Sesi Temuduga Pemohon Rumah Spektra Permata (RSP) di kawasan Pasir Panjang, Pasir Pandak dan Pasir Salak (SPK Sungai Tiram) - 21 May 2025

KUCHING, 21 Mei 2025

Perbadanan Pembangunan Perumahan (HDC) telah mengadakan sesi temuduga bagi pemohon Rumah Spektra Permata (RSP) di kawasan Pasir Panjang, Pasir Pandak dan Pasir Salak (SPK Sungai Tiram) pada 20 dan 21 Mei 2025.

Sesi temuduga yang berlangsung di Dewan Rafflesia, Aras Bawah, Wisma Sultan Tengah ini melibatkan pemohon yang telah disenarai pendek bagi menilai kelayakan mereka untuk memiliki rumah mampu milik di bawah inisiatif Kerajaan Sarawak.

Pelaksanaan sesi ini merupakan sebahagian daripada komitmen berterusan HDC dalam merealisasikan agenda perumahan mampu milik untuk kesejahteraan rakyat, selaras dengan mandat kerajaan negeri.

Taklimat dan Sesi Dialog bersama Tuai Rumah Kampung Giam Bauh Padawan - 13 May 2025

KUCHING, 13 Mei 2025

Satu mesyuarat taklimat dan sesi dialog bersama Tuai Rumah serta peminjam di bawah Skim Pinjaman Kepada Perseorangan Rumah Panjang (PKPRP) HDC dari Kampung Giam Bauh, Padawan diadakan hari ini.

Mesyuarat yang berlangsung pada jam 10.00 pagi di Bilik Mesyuarat, Tingkat 6, Bangunan Baitul Makmur itu dipengerusikan oleh YB Datuk Dr. Jerip Anak Susil, ADUN N.19 Mambong.

Sesi ini diadakan bertujuan untuk memberikan penerangan lanjut mengenai pelaksanaan dan kemajuan projek PKPRP, serta mendapatkan maklum balas secara langsung daripada penerima pinjaman.

Page 21222324