Kejohanan Dart Beregu & Perseorangan Perempuan Antara Agensi Kerajaan Siri 2 - 03 Aug 2025

MIRI, 3 Ogos 2025

Pasukan Beregu HDC yang diwakili En. Syafiq dan En. Abdul Latip telah muncul Johan Kategori Silver Plate dalam Kejohanan Dart Beregu & Perseorangan Perempuan Antara Agensi Kerajaan Siri 2, anjuran Jabatan Bekalan Air Luar Bandar (JBALB). Kejohanan berlangsung dari 2 hingga 3 Ogos 2025 di Wisma Pelita Tunku, Miri.

Kemenangan ini melayakkan mereka menerima wang tunai RM300.00 serta pingat emas , sekaligus menjadi pencapaian membanggakan buat pasukan HDC.

Kejohanan tersebut menghimpunkan penyertaan yang memberangsangkan daripada pelbagai agensi kerajaan, dengan:

 • 99 pasukan bagi kategori Beregu, dan
 • 31 pemain bagi kategori Perseorangan Wanita.


HDC telah menghantar tiga pasukan untuk menyertai kejohanan ini. Pencapaian lain Pasukan HDC:

 Top 16 – Kategori Perseorangan Wanita
Serida & Linda

Penyertaan ini mencerminkan komitmen HDC dalam menyokong aktiviti kesukanan serta memperkukuh semangat kesepasukan dan jalinan kerjasama antara agensi-agensi kerajaan

Mesyuarat Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) serta Kawasan Rukun Tetangga (KRT) RPR Taman Sri Makmur Batu 6 Jalan Matang - 03 Aug 2025
KUCHING, 3 Ogos 2025

Mesyuarat Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) serta Kawasan Rukun Tetangga (KRT) RPR Taman Sri Makmur, Batu 6 Jalan Matang telah diadakan di Dewan Mini RPR Taman Sri Makmur. Mesyuarat tersebut turut dihadiri wakil Unit Pembangunan Komuniti HDC. Antara agenda utama yang dibincangkan ialah perancangan aktiviti-aktiviti bagi memeriahkan sambutan Hari Kebangsaan tahun ini. Penganjuran mesyuarat seumpama ini membuktikan peranan penting JKKK dan KRT dalam memperkukuh semangat perpaduan serta meningkatkan penglibatan komuniti setempat dalam menjayakan program kebangsaan.
Program Gotong-Royong KKSR HDC/Mutiara 2025 - 02 Aug 2025

KUCHING, 2 Ogos 2025

Program Gotong-Royong KKSR HDC/Mutiara 2025 tetap diteruskan pagi ini walaupun cuaca hujan dari awal pagi hingga tengah hari.

Warga HDC dan Mutiara tetap bersemangat melaksanakan tugasan masing-masing, dari membersih, mengecat, mengindahkan kawasan sekitar Wisma Sultan Tengah, sehinggalah menyusun semula stor-stor fail.

Semua warga dibahagikan mengikut tugasan dan zon bagi memastikan kerja berjalan lancar dan teratur.

Terima kasih kepada semua yang turut serta dan memberikan komitmen, walaupun dalam keadaan cuaca yang kurang mengizinkan.

Perbincangan Bersama Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) serta Kawasan Rukun Tetangga (KRT) PPR Banjaran Serapi - 01 Aug 2025
KUCHING, 1 Ogos 2025

Unit Pembangunan Komuniti, Perbadanan Pembangunan Perumahan (HDC) telah mengambil inisiatif mengadakan perbincangan bersama Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) serta Kawasan Rukun Tetangga (KRT) PPR Banjaran Serapi. Perbincangan ini memberi tumpuan kepada isu utama iaitu penubuhan Jawatankuasa Komuniti PPR Banjaran Serapi, yang dilihat sebagai platform penting untuk memperkukuh penglibatan penduduk dalam aktiviti kemasyarakatan serta mempererat kerjasama dengan pihak berwajib. Langkah ini turut mencerminkan komitmen HDC dalam memperkasakan komuniti perumahan rakyat, di samping memastikan kesejahteraan dan keharmonian penduduk sentiasa menjadi keutamaan.



 
Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) RPR Taman Mutiara Bau - 31 Jul 2025

BAU, 31 Julai 2025
 

Sesi suai kenal bersama Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) RPR Taman Mutiara Bau telah diadakan di Dewan Baru, RPR Taman Mutiara Bau. Program ini bertujuan mempererat hubungan silaturahim serta mewujudkan kerjasama yang lebih baik antara penduduk dengan jawatankuasa setempat.

Meeting Between HDC and HDCam - 30 Jul 2025

KUCHING, 30 July 2025

A coordination meeting between HDC and HDCam was held at Wisma Sultan Tengah HDC, to discuss and resolve technical issues related to the SibuJaya development.

The session aimed to align both parties on key challenges and solutions to ensure smooth project implementation and maintain quality standards moving forward.

Pemilihan Jawatankuasa Komuniti PPR Petrajaya - 27 Jul 2025

KUCHING, 27 Julai 2025

Pemilihan Jawatankuasa Komuniti PPR Petrajaya serta mesyuarat bersama barisan jawatankuasa baharu telah diadakan di Tabika KEMAS PPR Petrajaya.

Mesyuarat bertujuan memperkukuh kepimpinan komuniti setempat serta merangka perancangan aktiviti dan inisiatif yang memberi manfaat kepada penduduk.

Mesyuarat Jawatankuasa Protem PPR Landeh - 27 Jul 2025

LANDEH, 27 Julai 2025

Satu mesyuarat bersama Jawatankuasa Protem PPR Landeh telah diadakan di Surau An-Nur Mustaqim, PPR Landeh, yang turut disertai dengan sesi penerangan mengenai proses pemilihan semula Jawatankuasa Komuniti PPR Landeh.

Mesyuarat bertujuan memperjelas peranan jawatankuasa serta memperkukuh kerjasama antara penduduk dan pihak berkaitan dalam usaha membangunkan komuniti yang lebih harmoni dan teratur.

Pasukan Merah JUARA Pertandingan Bola Sepak Antara Rumah (7 Sebelah) - 26 Jul 2025

KUCHING, 26 Julai 2025

Pasukan Merah muncul juara untuk Pertandingan Bola Sepak Antara Rumah (7 Sebelah), yang diadakan di Padang Bola Perumahan Kg. Tunku, Astana, hari ini.

Dalam acara sukaneka pula, Pasukan Merah Jambu berjaya mengutip mata tertinggi pada tiga acara yang diadakan.

Pertandingan ini diadakan sempena Karnival Sukan Antara Rumah KKSR HDC/Mutiara 2025.

Tahniah kepada semua pasukan yang bukan saja bertanding dengan penuh semangat kesukanan, tapi juga berjaya mengekalkan mood ‘fun & friendly’ sepanjang acara!

Page 11121314151617181920