BAU, 31 Julai 2025
Sesi suai kenal bersama Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) RPR Taman Mutiara Bau telah diadakan di Dewan Baru, RPR Taman Mutiara Bau. Program ini bertujuan mempererat hubungan silaturahim serta mewujudkan kerjasama yang lebih baik antara penduduk dengan jawatankuasa setempat.
KUCHING, 30 July 2025
A coordination meeting between HDC and HDCam was held at Wisma Sultan Tengah HDC, to discuss and resolve technical issues related to the SibuJaya development.
The session aimed to align both parties on key challenges and solutions to ensure smooth project implementation and maintain quality standards moving forward.
KUCHING, 27 Julai 2025
Pemilihan Jawatankuasa Komuniti PPR Petrajaya serta mesyuarat bersama barisan jawatankuasa baharu telah diadakan di Tabika KEMAS PPR Petrajaya.
Mesyuarat bertujuan memperkukuh kepimpinan komuniti setempat serta merangka perancangan aktiviti dan inisiatif yang memberi manfaat kepada penduduk.
LANDEH, 27 Julai 2025
Satu mesyuarat bersama Jawatankuasa Protem PPR Landeh telah diadakan di Surau An-Nur Mustaqim, PPR Landeh, yang turut disertai dengan sesi penerangan mengenai proses pemilihan semula Jawatankuasa Komuniti PPR Landeh.
Mesyuarat bertujuan memperjelas peranan jawatankuasa serta memperkukuh kerjasama antara penduduk dan pihak berkaitan dalam usaha membangunkan komuniti yang lebih harmoni dan teratur.
KUCHING, 26 Julai 2025
Pasukan Merah muncul juara untuk Pertandingan Bola Sepak Antara Rumah (7 Sebelah), yang diadakan di Padang Bola Perumahan Kg. Tunku, Astana, hari ini.
Dalam acara sukaneka pula, Pasukan Merah Jambu berjaya mengutip mata tertinggi pada tiga acara yang diadakan.
Pertandingan ini diadakan sempena Karnival Sukan Antara Rumah KKSR HDC/Mutiara 2025.
Tahniah kepada semua pasukan yang bukan saja bertanding dengan penuh semangat kesukanan, tapi juga berjaya mengekalkan mood ‘fun & friendly’ sepanjang acara!
MAMBONG, 26 Julai 2025
Perbadanan Pembangunan Perumahan (HDC) telah dijemput untuk berkongsi maklumat mengenai projek-projek perumahan dan Skim Bantuan Sewa Kediaman Sarawak (SRAS) yang boleh dimanfaatkan oleh penduduk, khususnya mereka yang memerlukan.
Maklumat ini disampaikan sempena Program Jangkauan Setiausaha Politik (POLSEC Outreach Programme) bagi kawasan DUN N19 Mambong yang berlangsung di Dewan Persatuan Bi-Peroh, Padawan.
Hadir memeriahkan program ialah YB Datuk Dr Jerip Susil, ADUN N19 Mambong.
Program sebegini penting dalam memastikan maklumat sampai terus kepada rakyat dan membuka ruang kepada perbincangan yang lebih dekat antara pemimpin dan komuniti.
KUCHING, 26 Julai 2025
Pasukan Kuning muncul juara selepas menewaskan Pasukan Merah Jambu dalam perlawanan akhir Pickleball sempena Karnival Sukan KKSR HDC/Mutiara 2025, yang berlangsung di Dewan Kasba, Samariang Batu.
Pertandingan ini bukan sahaja memperlihat semangat kesukanan yang tinggi dalam kalangan peserta, malah turut menjadi platform mengeratkan silaturahim dan menyemai budaya hidup sihat dalam komuniti.
Syabas dan tahniah diucapkan kepada semua peserta atas penyertaan dan semangat yang ditunjukkan
25 Julai 2025(Jumaat)
Perbincangan pihak HDC dgn kontraktor yg akan membangunkan Petrol kiosk di Tanah HDC bertempat di Daerah Pusa. HDC di wakili oleh YB Chairman Abdul Yakub Arbi, Tn Hj CEO, Fathi Hambali & team projek manakala kontraktor di ketuai oleh Pn Anisah Ismail
KUCHING, 17 Julai 2025
Ronnie Optics telah mengadakan pemeriksaan mata percuma di Tabika KEMAS, PPR Petra Jaya pada Khamis.
Program ini disambut baik oleh penduduk setempat yang hadir untuk memeriksa tahap kesihatan mata masing-masing.
Terima kasih diucapkan kepada Ronnie Optics atas usaha dan keprihatinan dalam menjaga kesihatan mata komuniti PPR Petra Jaya.
| Page 11121314151617181920 |