Theme: Blue and Green Theme: Blue and Green Theme: Red Theme: Green
The Official Website of
Housing Development Corporation
Perbadanan Pembangunan Perumahan

Majlis Ujian Tilawah Al-Quran Antara Skim HDC 2015 Majlis Ujian Tilawah Al-Quran Antara Skim HDC 2015

Majlis Ujian Tilawah Al-Quran Antara  Skim HDC Peringkat Negeri Sarawak 2015 anjuran bersama Perbadanan Pembangunan Perumahan (HDC) dengan kerjasama Jawatankuasa Surau Darul Nur Hasanah, Taman Sourabaya Indah, Jalan Bako Petra Jaya Kuching akan diadakan pada 13 hingga 16 Januari 2015 bertempat di Surau Darul Nur Hasanah, Taman Sourabaya Indah, Jalan Bako Petra Jaya Kuching. Tema Tilawah pada tahun ini ialah “ Al-Quran Membentuk Sahsiah”.

 

Tilawah ini akan bermula pada 13 Januari 2015 jam 7.45 malam dan akan berlangsung selama 3 malam. Sementara itu,  majlis penutupan akan diadakan pada 16 Januari 2015, jam 7.45 malam yang akan disempurnakan oleh YB Datuk Amar Abang Haji Abdul Rahman Zohari Bin Tun Abang Haji Openg, Menteri Perumahan dan Menteri Pelancongan Sarawak.

 

Majlis Ujian Tilawah ini merupakan aktiviti tahunan HDC melalui Unit Pembangunan Masyarakat HDC dan pada tahun lepas majlis ini telah diadakan di Masjid Darul Husna, Sibujaya, Sibu.

 

Objektif  bagi penganjuran majlis  ini adalah :

-          Mengeratkan silaturrahim di antara HDC dan penghuni skim HDC di seluruh Sarawak

-          Menjalin Ukhwah di kalangan penduduk skim HDC di seluruh Sarawak

-          Sebagai platform kepada penghuni skim HDC untuk mengetengahkan kemahiran dan mutu bacaan Al-Quran

-          Memberi peluang kepada penduduk skim HDC untuk turut serta dalam aktiviti berbentuk komuniti dan keagamaan sebagai penganjur mahupun peserta di peringkat yang lebih tinggi

 

Sambutan adalah amat mengalakkan, dimana seramai 57 orang perserta dari sekitar skim perumahan HDC di Kuching dan di luar Kuching iaitu Mukah, Miri, Sibu dan Saratok akan bertanding.

 

Pertandingan ini  dibahagikan kepada dua kategori iaitu kategori dewasa lelaki dan  perempuan serta kategori menengah lelaki dan perempuan. Seramai 33 peserta akan bertanding dalam kategori dewasa sementara bagi kategori menegah seramai 24 orang. Majlis cabutan undi akan diadakan pada 13 Januari 2015, Selasa jam 10.00 pagi di Bilik Ixora, Aras 1, Wisma Sultan Tengah, Ibu Pejabat HDC. Adalah menjadi harapan agar orang ramai akan turut datang beramai-ramai ke Surau Darul Nur Hasanah, Taman Sourabaya Indah, Jalan Bako, Petra, Kuching   untuk menyaksi dan memeriahkan  lagi Majlis Tilawah ini.