Theme: Blue and Green Theme: Blue and Green Theme: Red Theme: Green
The Official Website of
Housing Development Corporation
Perbadanan Pembangunan Perumahan

Program Rumah Spektra Mutiara (RSM)Program Rumah Spektra Mutiara (RSM)

Program Rumah Spektra Mutiara (RSM) merupakan program perumahan mampu milik buat rakyat Sarawak golongan B40 dan M40 yang berhasrat untuk membina rumah kediaman yang selesa dan berkualiti di atas tanah milikan sendiri.

Program ini mengutamakan pemilik tanah yang diperuntukan oleh Jabatan Tanah & Survei Sarawak (lebih dikenali sebagai Tanah TOL) di bawah Skim Pembesaran Kampung (SPK) dan Skim Penempatan Semula (SPS) di seluruh negeri Sarawak.

Melalui program ini, pemilik tanah akan memohon Pembiayaan Perumahan dengan Mutiara Mortgage & Credit Sdn Bhd (Mutiara) yang akan membiayai kos pembinaan rumah oleh kontraktor pelanggan yang dilantik. Kontraktor yang dilantik hendaklah berada dalam senarai kontraktor yang diluluskan oleh Mutiara. Pembiayaan Mutiara adalah berdasarkan nilai kos pembinaan yang dinyatakan dalam Perjanjian Pembinaan yang dimeterai oleh Pelanggan dan Kontraktor melalui produk Mutiara Dream Home Financing Scheme (MDHFS).

Terdapat dua pilihan rekabentuk rumah Program Rumah Spektra Mutiara yang telah ditetapkan oleh Mutiara.