Theme: Blue and Green Theme: Blue and Green Theme: Red Theme: Green
The Official Website of
Housing Development Corporation
Perbadanan Pembangunan Perumahan

PAKEJ BANTUAN KHAS SARAWAKKU SAYANG #SARAWAKFIRST
Posted on : 26 Mar 2020  Source of News: Unit Komunikasi Awam Sarawak-UKAS
 

KUCHING: Kerajaan Sarawak telah memperuntukkan sebanyak RM1.154 bilion Pakej Bantuan Khas Sarawakku Sayang seperti yang diumumkan Ketua Menteri Datuk Patinggi (Dr.) Abang Haji Abdul Rahman Zohari Tun Datuk Abang Haji Openg dalam sidang media secara langsung menerusi Unit Komunikasi Awam Sarawak (UKAS) di Wisma Bapa Malaysia pada Isnin.

Dalam pengumuman itu, sebanyak 16 inisiatif telah diumum dan akan dilaksanakan untuk rakyat Sarawak bagi menghadapi COVID-19 ini.