Theme: Blue and Green Theme: Blue and Green Theme: Red Theme: Green
The Official Website of
Housing Development Corporation
Perbadanan Pembangunan Perumahan

HDC agih sumbangan kepada masjid dan surau
Posted on : 17 May 2019
 

17 Mei 2019, KUCHING - Perbadanan Pembangunan Perumahan (HDC) menyampaikan sumbangan berjumlah RM18,000 kepada jawatankuasa masjid dan surau untuk skim-skim HDC di Wisma Sultan Tengah, Kuching.

23 wakil jawatankuasa surau dan masjid dibawah skim HDC menerima sumbangan bantuan terbabit daripada Pengerusi HDC, Datuk Dr. Abang Abdul Rauf Abang Zen dan Ketua Pegawai Eksekutif HDC, Mohamad Asman Ahmad.

Asman berkata, bantuan ialah bagi membantu surau dan masjid terbabit untuk mengadakan pelbagai aktiviti keagamaan sepanjang bulan Ramadan.

“Setiap tahun HDC akan memberikan sumbangan bantuan ini, dan malam ini sumbangan bantuan tersebut membabitkan jumlah sebanyak RM18,000 untuk 36 surau-surau dibawah Skim HDC.”

Antara masjid dan surau terlibat termasuklah, Masjid Darul Abidin RPR Astana Fasa 1 Kuching, Masjid Ikhwanul Islam Taman Sukma Kuching, Surau Nur Iman RPR Landeh Batu 10, Surau Taman Anggerik Indah Serian, Surau Darul Muttaqim Taman Mutiara Indah Jambusan Bau, Surau Darul Mutawafiqin Taman Seroja Indah Saratok, Surau Annur RPR Sri Aman, Surau Darul Iman Taman Muhibbah Indah Kanowit, Surau Darul Husna Bandar Baru Sibujaya Sibu, Masjid At-Taqwa RPR Sebiew Bintulu, Masjid Darul Ehsan RPR Piasau Jaya Miri dan Surau Baitur Rahmah RPR Batu Biah, Limbang.