KUCHING, 22 November 2025
Klinik Perubatan Dr Liew hari ini mengadakan program saringan kesihatan dan pemeriksaan air kencing secara percuma di Surau Darul Ikhlas, PPR Sri Wangi. Program ini bertujuan memupuk kesedaran awal mengenai kepentingan penjagaan kesihatan dalam kalangan penduduk setempat. Inisiatif ini mendapat sambutan baik daripada komuniti, khususnya penduduk PPR Sri Wangi yang hadir untuk mendapatkan pemeriksaan asas secara percuma.
BINTULU, 22 November 2025
Program Team Building Pejabat Wilayah HDC diadakan di Suhai Camp Site, Bintulu dan disertai oleh warga HDC dari Sarikei, Sibu, Bintulu, Miri dan Limbang. Program ini diketuai oleh Ketua Bahagian Pejabat Wilayah, Ts. Syed Habib bin Haji Wan Lili. Program ini diadakan untuk menguatkan teamwork dan mengeratkan hubungan antara rakan-rakan di Pejabat Wilayah. Selain itu, ia menjadi platform untuk semua saling mengenali dengan lebih baik, membina keserasian dan memudahkan komunikasi agar kerja harian dapat berjalan dengan lebih lancar dan efektif.
KUCHING, 18 November 2025
Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Pembangunan Perumahan (HDC), Tuan Haji Fathi Haji Hambali, hadir memberi penghormatan terakhir kepada mendiang Datin Amar Lim Su Kheng petang tadi. Turut hadir memberikan penghormatan ialah Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif HDC, Puan Hajah Jamilah Bujang, serta pegawai-pegawai kanan HDC. Kehadiran delegasi HDC adalah sebagai tanda penghargaan dan penghormatan terhadap sumbangan besar mendiang dalam pembangunan masyarakat dan negeri Sarawak.
KUCHING, 16 November 2025
Mesyuarat Agung Tahunan (AGM) Kelab Kebajikan, Sukan & Rekreasi (KKSR) HDC 2026-2027 telah berlangsung dengan lancar, bagi pemilihan AJK baharu. Tahniah diucapkan kepada semua ahli jawatankuasa yang dilantik dan setinggi-tinggi penghargaan kepada AJK 2024-2025 atas dedikasi serta sumbangan mereka sepanjang berkhidmat.
KUCHING, 16 November 2025
Program Hari Pengukuhan Integriti HDC/MMCSB 2025 ditutup dengan sesi perkongsian bersama SPRM bertajuk “Pemantapan Imej Korporat Melalui Integriti”. Sesi ceramah disampaikan oleh Tuan Azmizam bin Abdullah, Penolong Kanan Penguasa, SPRM Negeri Sarawak, yang berkongsi pandangan dan strategi dalam memperkukuh budaya integriti serta imej korporat di kalangan warga HDC dan MMCSB.
KUCHING, 16 November 2025
Penyampaian sumbangan oleh Tuan Haji Fathi bin Haji Hambali, Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Pembangunan Perumahan (HDC), kepada Tabika KEMAS Kampung Pasir Pandak B diadakan di Aras 1, Bilik Mesyuarat Lembaga, Wisma Sultan Tengah HDC. Sumbangan bertujuan menyokong pelaksanaan pelbagai program dan aktiviti tabika, termasuk aktiviti pembelajaran dan kokurikulum murid, Program Hari Terbuka Tabika, serta inisiatif mempertingkatkan keceriaan dan persekitaran kawasan tabika.
KUCHING, 15 November 2025
Aktiviti Team Building/Treasure Hunt telah menjadi acara pembukaan bagi Hari Pengukuhan Integriti HDC/MMCSB 2025 yang berlangsung selama dua hari di Damai Lagoon Resort, Santubong. Semua warga HDC dan MMCSB mengambil bahagian dalam pelbagai tugasan yang dijalankan mengikut kumpulan rumah masing-masing, sekali gus menggalakkan kerjasama, mengukuhkan kepercayaan dan menyemai semangat berpasukan. HDC merakamkan penghargaan dan ucapan terima kasih kepada WRK Learning Development PLT atas kerjasama serta sokongan dalam menjayakan program ini.
KUCHING, 15 November 2025
Ceramah Integriti bertajuk “Menerobos Minda Corruptor” diadakan bersama pelaksanaan Ikrar Integriti sempena Hari Pengukuhan Integriti HDC/MMCSB 2025 bertempat di Damai Lagoon Resort, Santubong. Sesi tersebut disampaikan oleh Tuan Mohd Firdaus bin Ramlan dari CJM Global Integrity Hub, yang berkongsi pandangan, pengalaman serta pendekatan dalam memperkukuh amalan integriti di tempat kerja. Program ini bertujuan meningkatkan kesedaran warga organisasi mengenai kepentingan integriti, selain menyemai nilai amanah dan budaya kerja yang telus dalam kalangan warga HDC dan MMCSB.
| Page 12345678910 |