Ramah Tamah Raya PPR Landeh - 26 Apr 2025
LANDEH, 26 April 2025 - Majlis Ramah Tamah Raya PPR Landeh berlangsung dengan penuh kemeriahan walaupun diraikan secara sederhana.
Raya 2025 HDC Miri - 25 Apr 2025

MIRI, 25 April 2025 – Majlis Ramah Tamah Raya PWKU Miri berlangsung dengan penuh kemeriahan, meraikan semangat Syawal dalam suasana mesra dan harmoni.

Majlis diadakan di pejabat HDC Miri di Bandar Baru Permyjaya

Kunjungan ADUN N.43 Daro ke HDC - 22 Apr 2025
KUCHING, 22 April 2025 - Perbincangan YB Tuan Hj. Safiee Hj. Ahmad, ADUN N.43 Daro bersama Perbadanan Pembangunan Perumahan (HDC) bagi pelaksanaa 28 unit Rumah Spektra Permata di SPK Kampung Badong Fasa 1.
AZAM Sarawak’s courtesy - 17 Apr 2025

AZAM Sarawak’s courtesy visit to YB Abdul Yakub Arbi at HDC Headquarters, Kuching

Mesyuarat Ahli Jawatankuasa Tabika KEMAS Kampung Rampangi Fasa II A & B - 17 Apr 2025
Mesyuarat Ahli Jawatankuasa Tabika KEMAS Kampung Rampangi Fasa II A & B di Tabika KEMAS Kampung Rampangi Fasa II,  di Projek Perumahan Rakyat (PPR) Petra Jaya, Jalan Sultan Tengah, Kuching
Pertandingan Dart Beregu Tertutup anjuran HDC Miri - 17 Apr 2025

MIRI, 12 April 2025 - Pertandingan Dart Beregu Tertutup anjuran HDC Miri

HDC Raya 2025 - 17 Apr 2025

KUCHING, 17 April 2025 – Majlis Ramah Tamah Raya anjuran Kelab Kebajikan, Sukan & Rekreasi (KKSR) HDC berlangsung meriah di perkarangan Ibu Pejabat HDC.

 

Majlis diserikan dengan pelbagai juadah istimewa, persembahan karaoke dan cabutan tiket bertuah yang dinanti-nantikan.

Kunjungan ADUN Nangka ke HDC - 16 Apr 2025
KUCHING, 16 April 2025 - ADUN N.55 Nangka, YB Datuk Dr. Hj. Annuar Rapa’ee Pagi mengadakan perbincangan bersama Perbadanan Pembangunan Perumahan (HDC) mengenai cadangan pembinaan "Perumahan Pasangan Muda" di Teku, Sibu.
Program Randau Skim Pinjaman Rumah Panjang di Bahagian Kapit - 15 Apr 2025
KAPIT, 15 APRIL 2025 – Perbadanan Pembangunan Perumahan (HDC) menganjurkan Program Dialog atau Randau untuk Bahagian Kapit, bagi meningkatkan kesedaran pembayaran balik pinjaman Skim Pinjaman Rumah Panjang (PKPRP). Program ini berlangsung di Dewan Suarah Kapit hari ini.

Randau dipengerusikan oleh YB Abdul Yakub Haji Arbi, Pengerusi HDC merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) N.58 Balingian.

Dalam ucapannya, beliau menekankan kepentingan pembayaran balik pinjaman PKPRP untuk memastikan kesinambungan skim ini serta menyokong kesejahteraan komuniti rumah panjang. Turut hadir ialah ADUN dalam bahagian Kapit.

Menurut Abdul Yakub, jumlah tunggakan pinjaman Rumah Panjang HDC setakat Februari 2025 bagi Bahagian Kapit adalah sebanyak 2,698,958 juta.

Setakat April tahun ini, 24,739 pintu telah dibina, melibatkan 1,143 projek rumah Panjang, dengan jumlah pinjaman sebanyak RM 458.10 juta.

Bagi memudahkan peminjam, pembayaran balik pinjaman kini boleh dibuat melalui JomPAY, Sarawak Pay, Service Sarawak, CDM CIMB, serta kiosk UTC/RTC, selain daripada kutipan secara lawatan.


 
Page 12