Tema: Biru dan Hijau Tema: Biru dan Hijau Tema: Merah Tema: Hijau
Portal Rasmi
Perbadanan Pembangunan Perumahan

GaleriGaleri

Ia terdiri daripada empat bahagian utama, bermula dari bahagian, bermula dari bahagian HDC yang mempamerkan berita terkini HDC dan projek-projeknya yang terbaru. Model-model rumah dan pelan pembangunan swasta pula terdapat di ruang pemaju swasta. Promosi bank-bank yang terlibat boleh didapati di sudut kewangan, manakala satu sudut lain pula disediakan khas bagi promosi bulanan alatan rumah.

Diilhamkan daripada konsep serupa di Singapura, Galeri ini bertujuan menerangkan kepada orang ramai mengenai projek-projek perumahan awam dan swasta yang sedia ada dan akan datang serta memaklumkan bakal pembeli mengenai pakej-pakej kewangan menarik yang disediakan oleh bank-bank yang turut serta.

Anda boleh membaca brosur-brosur yang tersedia dan melihat sendiri model-model rumah serta pelan pembangunan. Ini memudahkan anda membuat keputusan sama ada membeli rumah mampu milik, kos sederhana atau unit kediaman mewah. Anda juga tidak perlu risau untuk mendapatkan pinjaman perumahan, kerana semua ini boleh diuruskan di Galeri HDC.

Berikutan kerjasama HDC dengan Persatuan Pemaju Perumahan dan Hartanah Sarawak, orang awam berpeluang meluhat sendiri projek-projek pemaju swasta yang dipamerkan mengikut giliran.

Galeri ini dibuka setiap hari mulai jam 9 pagi hingga 5 petang pada hari bekerja. Ia ditutup pada hujung minggu (Sabtu dan Ahad) dan cuti umum.